Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 2011

Ibadah Puasa mengajar manusia agar lebih ikhlas dan tawadhu' dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Dimusim yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama memperbaiki hati kita, agar lebih sedar dengan fitrah kehidupan manusia. Mohonlah kekuatan kepada Allah, moga kita tidak hanyut lagi dengan kehidupan dunia .. Salam bulan Ramadhan 2011

Friday, July 15, 2011

Monday, July 11, 2011

Pakcik BERSIH

Kak Hajar kena faham bagaimana keadaan dan apa yang hendak disampaikan oleh pakcik kepada budak yang 'interview' itu. Dari apa yang saya faham, budak itu bertanyakan mengenai BERSIH. Tapi pakcik itu tidak suka dan kata-kata pakcik itu lebih kepada kehidupan insan.

Kalau diikutkan memang tiada yang suka dengan perhimpunan haram ini.. Tapi kepada sesiapa yang celik mengenai perkembangan dan cintakan negara, mereka akan faham mengapa boleh tercetusnya perhimpunan jalanan semacam ini...

Pakcik ini sangat ikhlas dan tidak mahukan publisiti. Saya sangat menghargai martabat pakcik... :)


Thursday, July 7, 2011

Malaysia Vs Singapura

Setelah mengecewakan Chinese Taipei, Harimau Malaya bakal berhadapan dengan musuh tradisi Singapura dalam misi untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di Brasil.


Wednesday, July 6, 2011

Membangun Bersama Islam

Ada orang takut Melayu hilang di dunia. Tapi ada orang lebih takut Islam hilang di dunia..
Ada orang takut menjadi miskin harta. Tapi ada orang lebih takut menjadi miskin iman..
Ada orang mengasingkan hal agama dengan hal duniawi. Tapi ada orang menjadikan islam sebagai teras dalam kehidupan...


Pemerintahan di Kelantan dibawah Parti Islam seMalaysia(PAS)

Monday, July 4, 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0(9 Julai 2011)

Wujud huru-hara disebabkan ada pihak yang menentang. That's a cause of riots. Jika dibuat perhimpunan sejuta belia, dilihat perhimpunan itu berjalan dengan aman, kerana tiada yang menentang. Dan cuba kalau mahu mengadakan konsert Rihanna(telah diadakan pada tahun 2009 di Malaysia), sedikit huru-hara akan terjadi, sebab ada sedikit penentangan.

Ya.. Negara kita terdiri daripada orang bukan islam, dan ini termasuk lah Ambiga itu sendiri. Tapi mereka tidak boleh diketepikan selagi mereka tidak mengugat kedaulatan islam. Jika diikutkan, memang tiada yang menyokong perhimpunan BERSIH ini. Tetapi negara kita mengamalkan sistem demokrasi, dan huru-hara terpaksa kita tempuh. Dan dengan demokrasi ini, mana-mana pemerintah boleh menang jika pilihanraya yang diadakan itu tidak adil. Jadi terserah lah kepada keputusan Yang Dipertuan Agong untuk memutuskannya...