Thursday, June 30, 2011

Malaysian Football Team

Skuad Harimau Malaya 2010
Skuad senior Malaysia
Skuad Olimpik pasukan bolasepak Malaysia 2011



Pertembungan final Piala AFF Suzuki 2010





Coretan peristiwa di kejohanan Piala AFF Suzuki 2010

Pemain yang tidak dapat beraksi di kejohanan AFF Suzuki 2010 akibat masalah kecederaan

Antara pemain penting pasukan Indonesia ketika di kejohanan AFF Suzuki 2010 

Kemampuan penjaga gawang pasukan Malaysia, Khairul Fahmi
dikatakan setaraf penjaga gawang kelab Real Madrid, iaitu Iker Casillas

Penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat
merupakan penjaga gol berkelas dunia, dan telah membawa pasukan Malaysia
menjuarai kejohanan AFF Suzuki 2010

Malaysia menundukkan Lubnan 2-1, menjadikan Malaysia satu-satunya wakil
Asia Tenggara ke pusingan akhir kelayakan sukan Olimpik setelah Vietnam
rakan Asia Tenggara terkandas setelah tewas kepada Arab Saudi

Saturday, June 25, 2011

Cara Berdakwah

Seseorang meminta aku menghadiri ceramah. Tapi aku tidak pergi..
Dan dia bercakap, "masa di sekolah dulu bukan main lagi tunjuk alim.."
Pastu ada yang menyampuk, "sebabnya masa dekat sekolah dulu ada awek alim la tu!"


Wahai manusia.. Kita dilahirkan bukan dalam keadaan sempurna, tapi kita dilahirkan untuk mengejar kesempurnaan itu. Kalau anda mahu aku menjadi diri aku yang sebenar, sudah tentu lah aku akan mengandalkan nafsu aku.. Jadi kalau mahu berdakwah, berdakwahlah dengan cara yang berhikmah~

‎*info: Orang yang minta aku hadir ceramah itu pun tidak pergi ke ceramah tu.. :P

Sunday, June 19, 2011

Ulama pewaris Nabi

Memberi iman itu ertinya menguatkan keyakinan kita kepada Allah. Kita sememangnya digalakkan untuk mendekati ulama'. Tika seseorang merasa gundah dan mempunyai masalah, bagus kiranya kita mendekati mereka. Dengan ini kegundahan akan hilang diganti dengan kelapangan dan keteguhan iman. Imam Mahdi akan memimpin kita ke jalan yang benar. Tapi bukankah golongan ulama' itu pewaris Nabi? Kita tidak perlu menunggu sampai tibanya zaman kegemilangan islam untuk kita dekat dengan Allah.


Abuya tidak sesat, Nik Aziz tidak menyimpang, dan Abu Bakar Bashir tidak bersalah. Tapi yang bersalah itu orang-orang yang sudah tertutup pintu hatinya daripada hidayah Allah. Mereka bukan Nabi, tapi mereka adalah pejuang Allah dan Rasul yang sanggup menghidupkan kembali sunnah rasul dikala yahudi & wahabi ingin menghapuskannya. Mereka bukan orang hebat, tapi mereka diberi kelebihan oleh Allah untuk membetulkan aqidah umat akhir zaman yang lebih mengandalkan akal fikiran dan bukan roh atau hati, padahal Allah hanya melihat hati(qolbu). Semoga roh perjuangan mereka terus hidup dikalangan ummat akhir zaman ini...

Saturday, June 11, 2011

Teman Sejati

Dasar Persahabatan (bukan cuma di dunia saja, tapi juga di akhirat yang harus berlandaskan ketakwaan) Jangan membiarkan teman dalam keburukan, harus saling mengingatkan...

contoh:

Mengingatkan dari hal-hal yang kecil, jika teman lalai dalam solat, dan ibadah lainnya, maka ingatkanlah karena kalau tidak diingatkan kita pun akan terkena dosanya karena kita tidak melakukan amar ma'ruf nahi mungkar dan boleh jadi di akhirat kelak akan saling menyalahkan.

الأَخِلّاءُ يَومَئِذٍ بَعضُهُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ إِلَّا المُتَّقينَ

" Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. " (QS. Az-Zukhr)


Friday, June 10, 2011

Anugerah Allah


Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan.

Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut.

Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi...


D'Masiv - Jangan Menyerah

Thursday, June 9, 2011

Daripada memperjuangkan sebuah negara islam kepada memperjuangkan sebuah negara berkebajikan

Hari ini UMNO mendakwa bahawa PAS telah lari daripada asas perjuangan mereka yang terdahulu iaitu memperjuangkan sebuah negara yang bertauhidkan islam. Pada laporan buletin utama hari ini(9 jun 2011), PAS didakwa telah membuat 'pusingan U' yang kini menukar perjuangannya memperjuangkan sebuah negara berkebajikan.

Hal ini telah melihatkan UMNO terlalu jahil dalam agama mereka sendiri. Mengapa hendak mempersoalkan arah tuju perjuangan PAS sekarang, padahal merekalah yang menjauhkan rakyat daripada cahaya islam, seterusnya menyulitkan PAS untuk menegakkan negara islam di negara ini.

Apa yang hendak dipersoalkan perihal strategi perjuangan PAS sekarang? Bukankah islam itu membenarkan toleransi dalam melaksanakan syariatnya? Apa yang perlu dipersoalkan mengenai perkara ini? Isu ini tidak lah patut dipersoalkan, kecuali pada mereka yang telah cetek ilmu pengetahuannya mengenai islam. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang mengutarakan isu ini... Wallahu'alam

Friday, June 3, 2011

Menghukum orang lain

Jangan membuang masa menghisab keburukan orang lain. Kerana belum tentu kita dapat ke syurga, dan tidak semestinya dia ke neraka. Ketahui lah.. jika seseorang yang kamu katakan jahat itu bertaubat nasuha, dan orang yang pernah disakitinya meredhai kesalahannya, maka dengan izin Allah dia telah tergolong dalam golongan orang-orang yang mulia di sisi Allah..



Thursday, June 2, 2011

10 Tanda Hati Mati

  1. Kita mengaku kenal Allah swt, tetapi kita tidak menunaikan hakNya.
  2. Kita mengaku cinta kepada Rasullulah saw, tetapi kita mengabaikan sunnah baginda.
  3. Kita membaca Al-Quran, tetapi kita tidak beramal dengan hukum di dalamnya.
  4. Kita memakan nikmat Allah, tetapi kita tidak mensyukuri pemberian-Nya.
  5. Kita mengaku syaitan musuh, tapi kita mengikutinya.
  6. Kita mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya.
  7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tapi kita tidak berusaha menjauhinya.
  8. Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untuknya.
  9. Kita sibuk membuka keaiban orang lain, tetapi kita lupa keaiban kita sendiri.
  10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah dan mayat, tapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.

Manusia itu sendiri yang mengubah-ngubah hati mereka,
samada elok atau pun terjejas

Perbelanjaan Kerajaan Malaysia


  • Menara 100 tingkat - RM5 bilion
  • Lawatan Najib ke luar negara - RM8.7 juta
  • Mengadakan sidang kemuncak wanita pertama oleh Rosmah - RM4.5 juta
  • Kontrak kepada Apco - RM77 juta
  • PLKN - RM500 juta
  • Rasuah - RM28 bilion
  • projek Pusara Negara - RM70 juta
  • Seorang penagih - RM50 setiap hari


Senarai barang yang dinaikkan harga:


Gula
Minyak petrol RON95
Minyak petrol RON97
Diesel

Barang-barang lain


  • MILO - Milo tin bersaiz 1.5kg yang dicadangkan pengilang ialah RM22.75 berbanding RM21.50 sebelum 15 Mac lalu sementara bagi pek bersaiz 400gm naik dari RM6.06 kepada RM6.40.
  • NESCAFE -Nescafe pek bersaiz 100gm naik 20 sen kepada RM6.70 baru-baru ini
  • SUSU PEKAT FN- Susu tin jenama F&N jenis krimer manis 510gm naik 20 sen setin kepada RM2.40 sejak 1 April lalu
  • SARDIN KING CUP- King Cup naik 40 sen kepada RM4.30
  • SARDIN AYAM BRAND - naik dari RM5.8 ke RM6.10
  • BAWANG BESAR INDIA- harga borong bawang besar India yang naik iaitu dari RM8 kepada RM9 seguni disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu di India.
  • BAWANG PUTIH - naik 20 sen



Hati Manusia Telah Dimatikan..


  • Golongan beragama dianggap extrem, dan mereka yang cuba mendekati Allah dianggap hipokrit
  • Hukum Allah dianggap tidak relevan
  • Pendusta berani bersumpah demi Allah
  • Membangunkan banyak masjid, tapi lupa akan pembangunan sasiah ummat manusia
  • Tidak sedar kehadiran Dajjal, dan golongan Yakjuj dan Makjuj
  • Lebih bergantung kepada games, lagu-lagu, facebook, kekasih untuk menghiburkan hati yang kosong