Tuesday, August 31, 2010

Hati Adalah Radar

Pernahkah anda berasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya? Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: "Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati."

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Saturday, August 28, 2010

Pesanan buat adik yang kakak sayang....

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Ayat kasih-mengasih...


Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,
adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Muqaddimah...

Puas nur mencari...
Puas nur menangis...
Namun yang nur perolehi hanyalah suatu persoalan tanpa tanda tanya...
Nur mencari sesuatu...
Namun nur sendiri tak pasti apa...
Di hati, bergelora jiwa untuk menjadi muslimah solehah.
Nur mengharapkan pimpinanMU ya Allah..
Saban hari nur melihat bayangan...
Tubuhnya tak tumpah seperti diri nur.
Yang bezanya, ia sentiasa sujud menyembahMU,
lidahnya basah menyebut NAMA MU,
hatinya bersih & ikhlas mencari keredhaanMU..
Nur berlari untuk menghampirinya...
Namun, makin laju nur lari mengejar, makin kencang lariannya..
Acapkali nur hampa dan kecewa.
Nur rebah dan tersungkur...
Nur luka dan berdarah.
Namun, bukan zahir yang cedera,
Tapi batin yang terseksa....
Nur tertanya-tanya, siapakah dia?
Namun..... tiada jawapan yang pasti buat masa ini....
dalam perjalanan mencari bayangan...

Siapakah Dajjal?

Pada awalnya saya beranggapan bahawa mahkluk Dajjal ini merupakan sejenis mahkluk yang mempunyai keadaan bentuk fizikal yang sangat menakutkan di samping mempuyai kelebihan-kelebihan yang tertentu. Tidak disangkalkan sesuatu kejadian yang di luar jangkaan pemikiran logik manusia boleh terjadi, sekiranya Allah S.W.T membenarkannya.

Tetapi di sebalik sifat-sifat Dajjal yang telah tercatit di dalam beberapa hadis dan riwayat sahih yang berkaitan, ingin saya mengajak saudara-saudari sekalian berfikir dari sudut pandang fikiran yang berbeza berpandukan penerangan ini. Bukan berniat untuk menyongsangkan pemikiran ummat, tetapi sekadar hendak berkongsi buah fikiran bersama saudara-saudari sekalian dengan harapan kita sama-sama dapat menilai tentang apa yang saya hendak kongsikan di ruangan ini.

Pemimpin-pemimpin negara haram Israel yang
bersifat pembawa huru-hara di atas muka bumi ini
boleh dikaitkan dengan kehadiran kuncu-kuncu Dajjal
Sebagai contoh antara sifat-sifat Dajjal yang telah kita sedia ketahui, dia akan cuba merampas kedudukan tahkta Tuhan yang sebenar dengan mendakwa bahawa dia sebagai Tuhan. Dajjal juga akan menyoal kepada ummat manusia samada mahukah kita mengikuti dirinya, ataupun mahu tetap dengan pendirian kita untuk beriman kepada Allah S.W.T. Sehubungan dengan ini, tidakkah kita terfikir bahawa kesemua sifat-sifat itu dimiliki oleh orang-orang kafir yang dengan nyata menolak hakikat kewujudan Allah S.W.T? Mereka juga sering-kali menawarkan pertolongan-pertolongan yang tertentu kepada sesiapa yang bersekutu dengan mereka, dan juga menindas serta menyeksa bagi mereka yang ingkar terhadap amaran yang telah mereka laungkan?

Selain itu antara sifat-sifat Dajjal yang lainnya adalah kenyaringan suaranya sehinggakan boleh didengari di segenap pelosok dunia dan juga kebolehan Dajjal untuk bergerak dengan pantas dalam jangka masa yang teramat singkat. Hal ini boleh dikaitkan dengan kemampuan orang-orang barat yang boleh menyalurkan percakapan mereka menerusi corong-corong media massa yang jelas lebih berpengaruh dan berkesan. Mereka juga lebih jauh kehadapan dari segi aspek penghasilan jentera-jentera canggih yang berteknologi tinggi seperti pesawat-pesawat dan berbagai lagi jentara-jentera moden yang jelas dieksplotasi oleh mereka.

Wallahu'alam...