Thursday, June 9, 2011

Daripada memperjuangkan sebuah negara islam kepada memperjuangkan sebuah negara berkebajikan

Hari ini UMNO mendakwa bahawa PAS telah lari daripada asas perjuangan mereka yang terdahulu iaitu memperjuangkan sebuah negara yang bertauhidkan islam. Pada laporan buletin utama hari ini(9 jun 2011), PAS didakwa telah membuat 'pusingan U' yang kini menukar perjuangannya memperjuangkan sebuah negara berkebajikan.

Hal ini telah melihatkan UMNO terlalu jahil dalam agama mereka sendiri. Mengapa hendak mempersoalkan arah tuju perjuangan PAS sekarang, padahal merekalah yang menjauhkan rakyat daripada cahaya islam, seterusnya menyulitkan PAS untuk menegakkan negara islam di negara ini.

Apa yang hendak dipersoalkan perihal strategi perjuangan PAS sekarang? Bukankah islam itu membenarkan toleransi dalam melaksanakan syariatnya? Apa yang perlu dipersoalkan mengenai perkara ini? Isu ini tidak lah patut dipersoalkan, kecuali pada mereka yang telah cetek ilmu pengetahuannya mengenai islam. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang mengutarakan isu ini... Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment